fbpx

Empat nelayan Indonesia ditahan ceroboh laut negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan empat nelayan Indonesia selepas didapati menceroboh perairan negara di kedudukan 24.8 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi dekat sini semalam.

Mereka terdiri tiga kru termasuk seorang tekong bot yang masing-masing berusia antara 21 hingga 33 tahun itu ditahan Kapal Maritim (KM) Burau semasa sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di lokasi berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, tangkapan ke atas lelaki terbabit dilakukan semasa rondaan rutin operasi bersepadu iaitu Op Benteng Laut, Op Pertiwi dan Op Tanjung.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati keempat-empat warga Indonesia itu gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mereka datang dari Indonesia dengan menaiki bot nelayan yang tidak bernombor bagi melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara ini.

“Kesemua nelayan terbabit kemudiannya dibawa ke pejabat Maritim Negeri bagi menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI