fbpx

Empat kedai musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan operasi memadam api kebakaran empat buah kedai di Parit Raja, Ayer Hitam, Batu Pahat, malam semalam. Foto IHSAN BOMBA

BATU PAHAT – Empat buah kedai di Parit Raja, Ayer Hitam di sini, musnah dalam satu kebakaran, malam semalam.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Murad Saat berkata, dalam kejadian pukul 9.43 malam itu, empat buah kedai jenis separuh kekal terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi kedai berjaya diselamatkan.

“Kebakaran membabitkan kedai berstruktur separuh kekal lima pintu dengan keluasan 150×50 kaki. Empat daripadanya musnah dan sebuah lagi kedai dapat diselamatkan.

“Keseluruhan kebakaran dianggarkan musnah 70 peratus. Kedai yang terlibat adalah kedai alat telekomunikasi, kedai makan, kedai kasut, dan medan selera,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram serta BBP Batu Pahat dengan kekuatan 25 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemadaman menggunakan kaedah lima aliran 100kaki, empat saluran arah dan lapan pancutan air daripada pam jentera serta pili bomba berhampiran.

“Kejadian tidak melibatkan kecederaan mangsa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Ahmad Murad berkata, operasi tamat pukul 1.30 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI