fbpx

Aspek keselamatan siber ATM dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angkatan Tentera Malaysia

PETALING JAYA – Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa di pantau sebilang masa bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang TUDM berkata, ini berlanjutan tular arahan dan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh pentadbir sistem siber ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM atau Cyber Defence Operation Center (CDOC).

“Bagaimanapun arahan yang dikeluarkan itu adalah sebagai normal praktis kepada aspek peringatan, tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu
dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani gangguan pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan.

“Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa melalui peranan yang digerakkan oleh
Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta CDOC,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, langkah-langkah yang dilaksanakan itu bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI