fbpx

321 penduduk Melaka pindah PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM daerah Melaka Tengah membantu memindahkan sebuah keluarga yang terjejas di Kampung Sungai Putat.

MELAKA – Seramai 321 penduduk daripada 73 buah keluarga yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di negeri ini hari ini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata, dua PPS telah dibuka di Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir dan SMK Bukit Rambai.

Dua lagi di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tanjung Minyak dan Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal.

“Setakat ini tiada PPS yang dibuka di daerah Jasin,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Kampung Sungai Putat setakat pukul 5 petang tadi mendapati air yang mulanya tinggi sehingga paras dada kini mulai surut pada paras lutut di beberapa buah kawasan.

Laluan utama jalan besar yang terputus hubungan juga telah mulai dilalui kenderaan pada pukul 1 tengah hari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI