TEL AVIV – Dua terbunuh dan lebih 160 dilaporkan tercedera apabila tempat duduk bertingkat runtuh di rumah ibadat Yahudi di perkampungan Israel, Givat Zeev, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Kejadian itu berlaku di Tebing Barat yang dijajah di luar Baitulmaqdis ketika beratus-ratus orang berkumpul untuk pesta Shavuot Yahudi semalam, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada saluran Israel Kan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, bencana, ambulans dan tabung darah nasional Israel, Magen David Adom, mendedahkan kematian dua orang, termasuk seorang lelaki berusia 40 tahun dan seorang budak lelaki berusia 12 tahun.
Menurut Adom, 167 orang dipindahkan ke hospital, termasuk lima yang cedera parah.
Tempat duduk bertingkat yang runtuh itu tidak kukuh dan stabil kerana masih dalam pembinaan”, jelas Adom.
Gambar yang beredar di media sosial menunjukkan tempat duduk berkenaan runtuh ketika puluhan lelaki berdiri untuk berdoa.
“Berdoa di bangunan ini dilarang,” kata Komander Polis Yerusalem Doron Tourgeman di lokasi. – Agensi