fbpx

Tiada peluang pekerjaan punca remaja jadi penyeludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kiri) bersama anggota PGA melakukan rondaan sempadan negara berhampiran sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang semalam. – YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 mendedahkan ramai remaja berusia 18 tahun di sini dikesan terlibat dalam kegiatan penyeludupan ekoran kekurangan peluang pekerjaan ketika penularan Covid-19.

Pegawai Pemerintah Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, maklumat itu adalah hasil soal siasat yang dilakukan PGA terhadap golongan remaja yang ditangkap menerusi Ops Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Kebanyakan remaja yang terlibat (dalam penyeludupan) adalah mereka yang gagal dalam pelajaran.

“Siasatan lanjut mendapati, upah yang diterima mereka bergantung kepada risiko dan jenis barang yang dibawa,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Lubok Stol di sini semalam.

Azhari memberitahu, sekiranya membawa barangan kontraban seperti rokok, mereka hanya menerima upah sekitar RM20 dan ke atas.

“Meskipun tahu risiko yang bakal diterima, namun mereka tetap melakukannya dengan alasan untuk ke­langsungan hidup.

“Setakat ini, tiada kes ber­ulang melibatkan remaja yang terlibat dalam aktiviti jenayah itu,” ujarnya.

Azhari berkata, PGA akan te­rus memperketatkan lagi kawalan sempadan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI