fbpx

Serangan paling kejam Israel bunuh 12 wanita, 8 kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan tunggal itu adalah yang paling berdarah sejak pertempuran sengit tercetus antara Israel dan pergerakan Hamas sejak seminggu lalu. -AFP

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dalam serangan  udara Israel ke atas Genting Gaza hari ini yang turut meranapkan tiga buah bangunan, kata pasukan perubatan.

Serangan tunggal itu adalah yang paling berdarah sejak pertempuran sengit tercetus antara Israel dan pergerakan Hamas sejak seminggu lalu.

Akhbar New York Daily News melaporkan seorang anggota penyelamat menjerit ke arah sebuah lubang dalam timbunan runtuhan.

“Awak boleh mendengar saya? Awak OK?,” manakala beberapa minit kemudian anggota-anggota penyelamat berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang masih hidup dan meletakkannya di atas usungan.

Kementerian Kesihatan  Gaza menyatakan, 12 wanita dan lapan kanak-kanak antara yang terkorban.

Seramai 50 orang turut cedera dalam serangan kejam itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI