fbpx

Nik Mohamad Abduh dihentam netizen di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status Nik Abduh yang mendapat reaksi pelbagai netizen

PETALING JAYA – Satu kenyataan yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh di laman Facebook menerima kecaman orang ramai apabila beliau didakwa membangkitkan isu berkaitan bantuan kewangan yang diberikan oleh orang ramai ke Palestin.

Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan di Facebook berkata, sumbangan yang diberikan kepada Palestin dianggap ikhlas dan keikhlasan itu yang akan memelihara mereka (Palestin), bukan wang yang didermakan.

“Pada tahap mana ikhlas dan taqwa anda, Allah pelihara untuk anda sebagai pahala jihad di akhirat nanti.

“Kemudian, Allah memelihara Palestin dengan keikhlasan anda, bukan dengan wang anda,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, banyak pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuka saluran bagi memudahkan sumbangan diberikan kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat pengeboman dari Israel yang memusnahkan tempat tinggal mereka.

Salah seorang pengguna laman Facebook, Irfan Syazwanshah Eirwin Syazan berkata, orang ramai cuma mahu tahu ke mana aliran derma tersebut kerana saudara Islam di sana memerlukan bantuan kita di Malaysia. Jadi, derma tersebut dapat membantu mereka.

“Jika yang berkata itu adalah pihak yang menderma, mungkin boleh diterima tetapi sekiranya pihak yang mengumpulkan derma berkata sedemikian, ia agak kurang sesuai.

“Nanti akan ada ‘scammer’ yang mengambil kesempatan menggunakan ayat yang sama dan dijadikan normalisasi, wallahua’lam,” komen Afyan Mat Rawi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI