fbpx

Neymar kempunan final Piala Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar be­ngang apabila terlepas aksi final Piala Perancis menentang AS Monaco di Stade de France pada Khamis ini.

Penyerang sensasi berusia 29 tahun itu tidak berpuas hati apabila Persekutuan Bola Sepak Perancis menjatuhkan hukuman penggantungan satu perlawanan kepada dirinya sekali gus terlepas aksi final tersebut.

Neymar merasakan ia satu keputusan yang tidak adil selepas dia dilayangkan kad ku­ning walaupun masuk bermain selama lima minit sahaja sewaktu separuh akhir menentang Montpellier pada Khamis lalu.

“Saya ingin memahami alasan orang yang bertanggungjawab me­nguruskan urusan hukuman ini di Perancis. Saya mahu menepuk tangan kerana ia sangat huru-hara.

“Saya baru bermain lima minit dan melakukan kesalahan tetapi pengadil tanpa berfikir panjang terus melayangkan kad kuning. Terima kasih kerana menggantung saya untuk aksi final,” kata Neymar.

Sebagai rekod, PSG mara ke final selepas menewaskan Montpellier 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Bagaimanapun, hukuman penggantungan Neymar itu tidak berkuat kuasa dalam saingan Ligue 1 yang menyaksikan dia boleh diturunkan menentang Stade Reims di Parc des Princes awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI