JAKARTA – Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Cinta Laura yang memuat naik foto dirinya memakai telekung ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri mendapat pujian netizen, lapor Merdeka.com kelmarin.
Pemilik nama sebenar Cinta Laura Kiehl yang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di ibu kota, Jakarta memuat naik sekeping gambar dia memakai tudung berwarna coklat dalam akaun Instagramnya.
“Solat sunat Aidilfitri di rumah sahaja. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama foto tersebut.
Rata-rata, netizen yang melihat foto tersebut meninggalkan komen memuji kejelitaan aktres berusia 28 tahun itu.
“Barbie solehah,” tulis seorang netizen.
“Cantiknya ratu ini,” tulis seorang lagi netizen pada ruangan komen.
Foto tersebut sehingga kini mendapat 365,000 tanda suka dan hampir 4,000 komen. – Agensi