fbpx

Masjid Muhammadi ditutup dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Muhammadi di Kota Bharu ditutup selama dua minggu kepada semua jemaah selepas terdapat penularan penyakit Covid-19 di situ.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengarahkan Masjid Muhammadi di sini yang juga merupakan Masjid Negeri Kelantan ditutup selama dua minggu bermula esok kepada jemaah awam.

Penutupan sehingga 31 Mei itu dilakukan selepas terdapat penularan penyakit Covid-19 dalam kalangan jemaah masjid itu.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Zulkifle Ab. Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, hanya 13 orang kakitangan masjid yang terdiri daripada imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan dibenarkan untuk menunaikan solat jemaah.

Menurutnya, keputusan itu dibuat Maik selepas mendapat nasihat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

“13 jemaah orang yang dibenarkan untuk menunaikan solat jemaah di masjid itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati negatif.

“Sehubungan dengan itu, Maik berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam usaha memutuskan Covid-19 di masjid itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI