fbpx

Luiz sudah bersedia tinggalkan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUIZ (tengah) dikatakan mahu mencari angin baharu sebelum mengumumkan persaraannya. – AFP

LONDON – Tonggak pertahanan berpengaruh Arsenal, David Luiz hampir pasti tidak akan melanjutkan kontraknya dan bersedia meninggalkan kelab itu secara percuma sebaik tamat saingan musim ini.

The Gunners dilaporkan bersetuju dengan kehendak Luiz, 34, yang dikatakan mahu mencari angin baharu selepas menyertai pasukan itu daripada Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai £8 juta (RM46.51 juta) pada 2019.

Ia bermakna Luiz yang menerima bayaran gaji mingguan berjumlah £100,962 (RM586,976), tidak akan menyarung jersi Arsenal lagi walaupun kelab Utara London itu masih mempunyai dua perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ini kerana bekas bek tengah Brazil itu masih belum pulih daripada kecederaan hamstring yang dialami ketika membantu Arsenal menewaskan Newcastle United 2-0 pada 2 Mei lalu.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta perlu memanfaatkan peluang itu untuk menggunakan pemain-pemain muda musim depan seperti William Saliba yang akan tamat tempoh pinjamannya de­ngan kelab Perancis, OGC Nice hujung bulan ini.

Difahamkan, Luiz dipercayai berminat untuk kembali me­nyarung jersi bekas kelabnya di Portugal iaitu Benfica sebelum mengumumkan keputusan bersara selepas ini.

“Saya pernah terdetik untuk menamatkan karier dengan Benfica tetapi saya tidak pasti bila ia akan berlaku. Jika terjadi, ia adalah detik paling terindah dalam karier saya,” katanya.

Selain Benfica, Luiz turut menjadi perhatian banyak pasukan di Amerika Syarikat terutama Inter Miami yang dimiliki legenda Manchester United dan England, David Be­ckham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI