fbpx

Lima individu dikompaun RM1,500 ketika mandi laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Tindakan lima individu beriadah sambil bermandi-manda di Pantai Bersih, Butterworth di sini tanpa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila masing-masing didenda RM1,500 semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tindakan itu dibuat selepas pihaknya mendapati kumpulan terbabit berkumpul semasa melakukan aktiviti riadah kira-kira pukul 4.30 petang.

“Mereka didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

“Kelima-lima individu berkenaan termasuk dua wanita dikompaun berjumlah RM7,500,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, secara keseluruhannya polis daerah SPU mengenakan tindakan ke atas 38 individu dalam operasi semalam dengan kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM65,000.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuklah merentas negeri tanpa kebenaran, tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera dan berkumpul beramai-ramai tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.

“Mereka dikompaun di antara RM1,500 hingga RM5,000 seorang,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI