fbpx

Lebih 30 rumah atas air musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 30 rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Meruntum, Lok Kawi petang semalam. Foto: IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Lebih 30 rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Meruntum, Lok Kawi petang semalam.

Tiga anggota bomba juga dilaporkan cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Bagaimanapun, semua anggota terbabit sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) bagi rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.40 petang.

“Sebanyak lima jentera dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam api kebakaran daripada Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas.

“Seramai 23 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama beberapa van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Setakat ini, operasi mengawal api kebakaran daripada terus merebak masih sedang giat dijalankan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan tiga anggota yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu bertugas di Balai Bomba Kota Kinabalu dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI