fbpx

Lapan individu leka berparti awal pagi langgar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan individu berhibur awal pagi dalam sebuah pangsapuri di Lumut dikompaun kerana melanggar SOP PKP.

LUMUT – Lapan individu termasuk remaja berusia 17 tahun yang sedang leka berparti dikompaun kerana melanggar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu pemeriksaan di sebuah pangsapuri di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata dalam pemeriksaan pada pukul 3.15 pagi itu, kesemua individu terbabit terdiri daripada enam lelaki dan dua perempuan didapati sedang berhibur sambil mendengar muzik ‘techno’ yang dipasang kuat.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka berusia antara 17 hingga 38 tahun telah berkumpul dan berada dalam premis tersebut dipercayai sedang menganjurkan aktiviti parti tanpa penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

“Kesemua lapan individu termasuk remaja lelaki berusia 17 tahun dan wanita berusia 38 tahun telah dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana tidak mematuhi SOP PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nor Omar, pemeriksaan itu dilakukan sepasukan Task Force Pematuhan SOP PKP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung selepas menerima maklumat orang ramai.

Jelasnya, orang ramai menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung mengadu terdapat bunyi bising dalam premis tersebut serta memasang muzik dengan kuat sehingga mengganggu jiran.

Bagaimanapun, kata Nor Omar, polis tidak menemui sebarang barang larangan termasuk dadah dan tiada minuman beralkohol ditemui dalam premis tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI