fbpx

Kempen ‘Hentikan Olimpik Tokyo’ terima 351,000 petisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UTSUNOMIYA yang juga penguam dan bekas calon gabenor Tokyo mengadakan sidang akhbar mengenai kempen ‘Hentikan Olimpik Tokyo’ selepas menyerahkan petisyen kepada kerajaan di Tokyo semalam. – AFP

TOKYO – Sebanyak 351,000 tandatangan rakyat Jepun telah berjaya dikumpul untuk petisyen kepada kerajaan bagi membatalkan penganjuran Sukan Olimpik 2020 Tokyo yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan.

Petisyen yang dibuat secara dalam talian itu telah dilancarkan oleh seorang peguan, Kenji Utsunomiya pada awal bulan ini bagi mendesak kerajaan untuk membuat ‘pu­singan U’ sama ada membatalkan atau menangguh kejohanan sukan terbesar dunia tersebut.

Ia susulan negara Jepun sedang mengalami gelombang pandemik Covid-19 buat kali keempat sekali gus menyaksikan ancaman lebih teruk bakal diterima jika membenarkan ribuan atlet dan pegawai luar negara hadir ke Tokyo.

“Sekarang adalah masa untuk kita mengutamakan nyawa dan keselamatan rakyat berbanding cenderung untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2020. Mungkin keputusan itu terletak di ta­ngan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa).

“Namun, sebagai penganjur kejohanan dan tuan rumah, kerajaan sepatutnya sudah mendesak IOC untuk memba­talkan dan bukan membiarkan keresahan membe­lenggu rakyat seperti sekarang. Saya jangka malapetaka akan berlaku jika Sukan Olimpik diteruskan,” kata ­Utsonomiya.

Sebagai rekod, Sukan Olimpik 2020 sepatutnya dianjurkan pada tahun lalu tetapi IOC sepakat untuk menangguhkan temasya berprestij itu susulan penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, kerajaan dan IOC sepakat untuk meneruskan penganjuran seperti yang dirancang bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan disusuli Sukan Para­limpik akan berlangsung pada 25 Ogos hingga 6 September.

Beberapa atlet terkemuka kelahiran Jepun seperti jaguh tenis, Naomi Osaka dan pemenang Kejuaraan Masters, Hideki Matsuyama turut lantang bersuara agar keputusan Sukan O­limpik ditangguh atau dibatalkan dengan segera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI