fbpx

Israel berhak mempertahankan diri – Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden sehingga kini berdiam diri mengenai keganasan di Asia Barat. -History.com

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyuarakan ‘kebimbangan serius’ berhubung keganasan di Israel dan Gaza dalam satu panggilan telefon bersama Perdana Menteri Rejim Zionis, Benjamin Netanyahu semalam.

Beliau juga memberitahu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bahawa Hamas mesti berhenti membedil roket.

Bercakap dalam panggilan telefon pada hari keenam keganasan Israel-Palestin yang meragut ratusan nyawa , Biden menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada hak Israel mempertahankan diri daripada serangan roket Hamas dan kumpulan pejuang lain.

Beliau juga meluahkan kebimbangan berhubung konfrontasi berdarah dan angka korban yang dialami kedua-dua belah pihak.

“Beliau mengutuk serangan ke atas bandar dan kota raya di seluruh Israel,” kata White House dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Biden juga bimbang tentang keselamatan wartawan selepas serangan Rejim Zionis semalam telah meruntuhkan sebuah bangunan di Gaza yang menempatkan pejabat agensi berita Associated Press (AP) dan premis media antarabangsa  lain.

Dalam satu panggilan telefon dengan Presiden AP, Gary Pruitt, Setiausaha Negara, Antony Blinken menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada wartawan bebas dan organisasi di seluruh dunia

Biden pula yang sehingga kini berdiam diri mengenai Keganasan di Asia Barat,  meluahkan sokongan AS kepada penyelesaian dua negara sebagai kaedah bagi menamatkan konflik berterusan antara Israel dan Palestin.

Beliau menyuarakan pendirian itu dalam panggilan telefon bersama Mahmoud.

Bagaimanapun Biden juga mahu Hamas menghentikan serangan roket ke Israel.

Setiausaha Pertahanan,  Lloyd Austin pula mengulangi hak Israel untuk mempertahankan diri.

Beliau mengulangi pendirian tersebut dalam satu panggilan telefon berasingan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Benjamin Gantz. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI