fbpx

Imam meninggal dunia selepas sujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Juwaidi Fikri bersama ibunya, Hafisah menunjukkan gambar Allahyarham Shabudin ketika ditemui di rumahnya di Alor Janggus semalam.

ALOR SETAR – Seorang imam sebuah masjid di Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus di sini sempat mengucapkan Allah sebanyak dua kali sebelum tidak sedarkan diri ketika menunaikan solat asar di masjid tersebut pada hari ­pertama Aidilfitri, Khamis lalu.

Imam Masjid Jamek Kampung Kubang Jawi, Shabudin Othman, 63, ketika kejadian dilihat lemah sehingga tidak mampu lagi bangkit daripada sujud untuk melakukan tahiyat akhir.

Kejadian berlaku ketika arwah berada di barisan saf makmum dengan solat asar berjemaah itu diimamkan oleh imam 2 masjid berkenaan, Rashidi Ishak.

Allahyarham Shabudin kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 4.55 petang sebelum jenazah dibawa pulang ke rumah di Kampung Lintang, Kubang Jawi.

Menurut anak tunggal mang­sa, Mohd. Juwaidi Fikri, 30, dia terus bergegas ke masjid sebaik dimaklumkan tentang kejadian dan pada masa itu bapanya sudah tidak sedarkan diri dengan denyutan nadi lemah.

“Saya dimaklumkan arwah ayah sempat mengucapkan Allah dua kali sebelum tidak sedarkan diri selain diajar untuk ­mengucap dua kalimah syahadah.

“Tidak lama kemudian, pegawai perubatan tiba di masjid dan mengesahkan ayah sudah tiada,” katanya semalam.

Katanya, dia dimaklumkan bahawa sebelum kejadian arwah ayahnya meminta imam dua masjid untuk mengimamkam solat asar kerana arwah agak letih.

“Menurut jemaah, arwah ayah dilihat lemah dan cuba untuk menghabiskan juga solat sebelum hampir rebah ketika mahu bangkit daripada sujud terakhir,” ujarnya.

Menurutnya, bapanya sebelum kejadian tidak mengadu sakit walaupun mempunyai pe­nyakit darah tinggi, cuma arwah kelihatan sedikit letih sejak ke­belakangan ini.

“Arwah ayah juga sempat membaca khutbah ketika solat sunat hari raya pada sebelah pagi,” jelasnya.

Sementara itu, isteri arwah, Hafisah Marzuki, 57, berkata, arwah suaminya telah menjadi imam masjid itu sejak 30 tahun lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI