fbpx

Hafizul nafi spekulasi sertai Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZUL HAKIM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menyatakan dia berhijrah menyertai pasukan KDA FC bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Oleh AZIZAN HASHIM

KAPTEN Perak FC, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menafikan bahawa dia akan berpindah menyertai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk baki kempen Liga Super mulai Julai ini.

Penjaga gol utama pasukan The Bos Gaurus itu menegaskan bahawa dia masih sayangkan pasukan negeri asalnya dan melahirkan rasa terkejut dengan spekulasi tersebut.

“Tidak betul itu. Setakat ini saya belum buat sebarang keputusan. Saya sayangkan Perak dan kalau boleh ingin te­rus bantu pasukan negeri kelahiran saya ini,” katanya yang turut menambah, dia juga tidak mendengar sebarang berita mengenai perpindahan rakan-rakan lain.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan akan ramai lagi pemain Perak FC akan meninggalkan skuad The Bos Gaurus yang dikatakan berpunca gara-gara kelewatan pembayaran gaji selama dua bulan.

Mereka dikatakan mahu mengikut jejak langkah Shahrul Saad, Guilherme De Paula, J. Partiban dan Kenny Pallraj yang angkat kaki berhijrah menyertai pasukan lain disebabkan isu tersebut.

Bagaimanapun, tindakan pantas pengurusan kelab yang berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bulan April sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri berjaya meredakan ketegangan dalam skuad Perak FC.

Difahamkan, Perak FC akan mendapatkan khidmat awang import serta tenaga pemain muda daripada pasukan Pe­rak II bagi mengisi kekosongan pasukan utama bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI