fbpx

Cubaan suspek larikan diri tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dinaiki suspek (kiri) selepas melanggar dua kereta orang awam.

SEPANG – Cubaan tiga lelaki melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa tidak kesampaian, apabila kereta yang mereka naiki berhenti dan tersekat dengan dua kenderaan lain dalam kejadian yang berlaku di Taman Murni semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang ketika pihak polis mula mengekori sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki tiga lelaki terbabit.

“Ketika pihak polis memberhentikan kereta, suspek telah bertindak melarikan diri bagi elak diri dari ditahan dengan mengundurkan kenderaan dengan laju sebelum melanggar dua kenderaan awam lain.

“Semasa kejadian, suspek turut melanggar seorang anggota polis dan telah mengakibatkan anggota polis terbabit mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, cubaan suspek gagal kerana kereta mereka berhenti dan tersekat sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemui dua peket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu masing-masing dengan berat 3.49 gram (g) dan 6.77g dengan nilai RM1,000.

Katanya, hasil siasatan lanjut ke atas kesemua suspek yang berusia 20-an mendapati dua daripada suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua mereka dipercayai telah terlibat dalam kegiatan dadah sejak dua tahun lalu.

” Sehubungan itu, suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1)Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 353/188 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI