fbpx

Budak 2 tahun pecut motosikal 56 kilometer sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIEL boleh menunggang motosikal Yamaha PW50 yang dibelikan bapanya. – Caters News

LONDON – Seorang budak lelaki berumur dua tahun di Britain mempunyai keberanian dan kemahiran menunggang motosikal pada kelajuan 56 kilometer sejam, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Daniel Bartlett dari Birmingham, England gemar menunggang motosikal mini PW50 Yamaha, namun dia masih memerlukan dua roda tambahan pada basikalnya.

Ibunya, Sophie Rodgers, 23, mengakui bimbang melihat Daniel menunggang motosikal, namun kebimbangan itu hilang selepas menyaksikan anaknya begitu yakin.

“Agak lucu Daniel mahir me­nunggang motosikal tetapi tidak tahu untuk mengayuh basikal.

“Kami membelikannya sebuah basikal ketika dia baru berusia setahun. Namun, Daniel kemudian menjadi bosan,” jelas Rodgers.

Biarpun pandai menunggang motosikal, Daniel tidak begitu mahir mengayuh pedal basikal.

Sebelum menunggang, Daniel akan dipakaikan peralatan perlindungan lengkap seperti topi keledar dan pad lutut.

Kedua-dua ibu dan bapa Da­niel juga akan memastikan kanak-kanak itu tidak menunggang terlalu laju.

“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang kemungkinan buruk yang boleh boleh berlaku dan hanya fokus kepada kehebatan Daniel,” jelas Rodgers.

Wanita itu menambah, Daniel juga boleh berjalan pada usia 10 bulan dan dia tidak hairan jika anaknya sudah boleh menunggang motosikal seawal usia 2 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI