fbpx

Alam sejagat sebagai kelas pembelajaran sepanjang hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan pendidik perlu menerapkan pemikiran bahawa alam sejagat merupakan kelas pembelajaran sepanjang hayat dan ini menuntut para guru untuk berusaha melahirkan murid yang beradab, cemerlang dan mempunyai sikap ingin tahu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid-murid yang ingin dilahirkan bukan sahaja harus berdepan dengan cabaran pasaran kerja semasa namun turut bersedia menjadi anggota masyarakat yang berakhlak mulia dan mampu bersaing pada peringkat global.

“Dalam mencapai hasrat ini kerajaan akan memastikan tiada murid yang dinafikan daripada mendapat pendidikan sewajarnya termasuklah murid Orang Asli serta peribumi, murid berkeperluan khas (MBK) dan kanak-kanak tanpa dokumen.

“Melalui agenda pendidikan inkulusif, kerajaan turut akan memberi tumpuan untuk mengurangkan kepada kadar keciciran murid dan memastikan golongan tersebut turut menerima pendidikan seperti murid yang lain,” katanya dalam Perutusan Sempena Hari Guru ke-50 yang disiarkan secara langsung di sini hari ini.

Beliau berkata, pada tahun ini, Kementerian Pendidikan (KPM) masih mengekalkan tema Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu dan ia dilihat bertepatan dalam usaha menjadikan cinta kepada ilmu sebagai teras pendidikan.

Dalam pada itu, Muhyiddin sedar para guru berdepan dengan cabaran melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara online namun beliau melihat ramai dalam kalangan guru berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.

Beliau berkata, ia merupakan suatu proses yang mempunyai ruang penambahbaikan yang luas dan berharap pihak KPM akan terus mendengar cadangan dan input daripada setiap lapisan warga pendidik, ibu bapa termasuk anak-anak bagi meningkatkan pendekatan PdP dari semasa ke semasa. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN