fbpx

ADUN Chukai dikompaun RM2,000 langgar SOP Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat menjadi wakil rakyat Terengganu kedua yang dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri pada musim perayaan ini.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri menerima notis kompaun RM2,000 tersebut selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Hanafiah telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyebaran gambar beliau menziarahi beberapa rumah penduduk di daerah ini sempena 1 Syawal pada Khamis lalu.

“Beliau telah tampil memberi keterangan di IPD Kemaman pada pukul 9 malam tadi dan mengaku telah mengunjungi beberapa buah rumah penduduk untuk menghantar juadah dan sumbangan duit raya pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP dan tindakan tegas akan diambil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sin hari ini.

Terdahulu, beberapa gam-bar tentang kunjungan ke rumah penduduk penduduk pada pagi Raya pertama telah dimuat naik di akaun Facebook Hanafiah sebelum dipadamkan setelah tular di media sosial.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Terengganu turut dikompaun RM2,00 atas kesalahan melanggar SOP Hari Raya Aidilfitri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI