fbpx

ADUN Bukit Batu disiasat langgar SOP ziarah Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular dimedia sosial yang mendakwa beberapa individu melanggar SOP dengan melakukan ziarah Aidilfitri di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Polis akan menjalankan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse atas dakwaan melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ziarah Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Suhaimi Ishak berkata, siasatan itu dibuat selepas pihaknya mendapat aduan berkenaan perkara itu semalam.

Menurut beliau, seorang pengadu berusia 38 tahun menyedari perkara itu ketika sedang melayari laman Facebook di Taman Maharani, Jalan Bakri, Muar pada pukul 3 petang.

“Ketika melayari Facebook, dia terlihat satu akaun telah memuat naik gambar seorang ADUN ziarah hari raya pertama di rumah beralamat Taman Desa Jaya, Ulu Tiram.

“Gambar tersebut jelas terlihat seorang Yang Berhormat dari sebuah parti politik sedang makan dan beraya bersama di rumah pemilik akaun Facebook berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Sohaimi berkata, polis akan menjalankan siasatan terhadap ADUN berkenaan yang dikenal pasti sebagai ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse.

“Siasatan lanjut polis juga sedang mengesan pemilik akaun Facebook berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI