fbpx

Warga emas maut disengat tebuan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat warga emas yang maut akibat disengat tebuan tanah malam tadi.

KANGAR – Hasrat seorang wanita warga emas untuk makan rebung tidak kesampaian apabila maut akibat disengat tebuan tanah berhampiran Jalan Baru Semadong, Padang Besar di sini semalam.

Mangsa, Low Kai Lan, 61, yang merupakan seorang petani pergi ke kawasan hutan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari bagi mencari rebung.

Bagaimanapun, mangsa tidak pulang dan gagal dihubungi oleh anak saudaranya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Beseri kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, enam sukarelawan polis kemudian pergi ke kawasan berkenaan untuk mencari mangsa.

“Mayat mangsa ditemui berhampiran rimbunan pokok buluh kira-kira pukul 7.15 malam dan hasil pemerhatian awal pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan sengatan tebuan tanah dianggarkan antara 40 hingga 50 sengatan.

“Kakitangan Klinik Kesihatan Beseri mengesahkan kematian mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI