fbpx

Usah perlekeh usaha rakyat pertahankan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar netizen di Twitter membantu menterjemahkan keadaan semasa umat Islam di Palestin.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar usaha rakyat negara ini dalam mempertahankan saudara Islam di Palestin tidak diperlekehkan.

Beliau melalui hantaran di Facebook hari ini turut melahirkan rasa bangga terhadap usaha rakyat negara ini yang tanpa henti menterjemah kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

“Saya ada terbaca mengenai usaha ramai rakyat Malaysia yang tanpa henti menterjemah kezaliman terhadap rakyat Palestin. Ini bagi memastikan kezaliman terhadap rakyat Palestin dapat difahami seluruh dunia disebalik usaha media barat yang berterusan melabelkan Palestin sebagai pengganas.

“Saya bangga dengan usaha ini apatah lagi ia turut menerima sokongan daripada pelajar kita di seluruh dunia yang menterjemah mengikut bahasa di tempat mereka belajar,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan itu turut berterima kasih kepada individu dikenali dengan nama Ustaz Ad-Dien yang turut menggerakkan usaha tersebut di laman Twitter.

“Tahniah buat Ustaz Ad-Dien yang mengerakkan usaha ini dan saya difahamkan, selain pelajar, peminat-peminat Kpop turut bantu terjemah bagi memastikan kisah sebenar penderitaan rakyat Palestin sampai ke setiap pelusuk dunia dalam pelbagai bahasa,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, berulang kali beliau menegaskan mengenai kezaliman terhadap rakyat Palestin termasuk ketika Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.

Katanya, banyak bantuan dan inisiatif kebajikan serta pembangunan dimulakan dan dihulurkan oleh kerajaan Malaysia bagi saudara Islam di sana.

“Apa yang kita buat untuk mereka sejak tahun 2018? Kini kemampuan saya untuk bantu sudah terhad.

“Hanya mampu berdoa untuk mereka dari jauh dan berharap dari dekat bahawa kerajaan Malaysia hari ini masih peka dengan isu Palestin,” tambahnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI