fbpx

Rasa tidak sedap hati suami isteri petanda anak lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ghazali memangku mayat anaknya yang lemas di Sungai Ulu Piah, Tambun hari ini.

IPOH – Gerak hati sepasang suami isteri yang serba tidak kena rupa-rupanya memberi petanda yang mereka bakal kehilangan anak bongsu dalam kejadian lemas di Sungai Ulu Piah di Tambun hari ini.

Mohd. Ghazali Mohd. Yazid, 49, berkata, perasaannya berdebar-debar sejak pagi hingga menyebabkan dia tidak tenteram sepanjang berada di tempat kerja.

Izz Auf

 

“Bukan saya sahaja tidak senang hati, isteri di rumah juga serba tidak kena. Kami tidak tahu kenapa tapi hati sentiasa berdebar-debar.

“Apabila saya balik ke rumah untuk makan tengah hari, anak perempuan beritahu yang isteri berada di hospital kerana anak bongsu kami lemas,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Izz Auf berusia empat tahun berkelah bersama nenek, bapa saudara dan dua abangnya di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras.

Kanak-kanak itu yang berjaya dibawa naik ke tebing bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.55 tengah hari di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurut Mohd. Ghazali, kali terakhir dia berjumpa Izz Auf pada hari terakhir Ramadan iaitu Rabu lalu sebelum anaknya itu ke rumah ibu mertuanya di Taman Tambun untuk menyambut Aidilfitri di sana.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI