fbpx

Polis siasat penyanyi balik beraya di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masya Masyitah

KULIM – Polis menjalankan siasatan mengenai penyanyi Masya Masyitah yang didakwa merentas negeri bersama ibunya untuk pulang beraya di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pihaknya mendapati ibu penyanyi terbabit mendapat kebenaran merentasi negeri sebagai pasangan jarak jauh (PJJ).

Katanya, artis tersebut difahamkan telah menetap di Kuala Lumpur.

“Kita difahamkan artis terbabit menggunakan kebenaran merentas negeri ibunya itu untuk pulang berhari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI