fbpx

Petugas lupa hidupkan suis peti, 348 dos vaksin rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua dos vaksin yang rosak sepatutnya diberikan kepada warga emas di Filipina. - CFP

MANILA  – Sekurang-kurangnya 348 dos vaksin Covid-19 yang boleh menyelamatkan 348 nyawa di Filipina rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja, lapor laman berita Coconuts.co semalam. 

Vaksin CoronaVac buatan firma China, Sinovac dari China terpaksa dibuang selepas pekerja pusat penyimpanan vaksin terlupa menghidupkan suis peti sejuk beku. Kejadian berlaku di Makilala, bandar Cotabato dalam wilayah Mindanao.

Menurut Ketua Kesihatan Cotabato, Dr. Eva Rabaya, dalam kejadian pada Jumaat minggu lalu itu, bekalan elektrik di bandar tersebut  terputus selama dua jam dan petugas pusat penyimpanan  memindahkan vaksin CoronaVac  ke dalam peti sejuk beku di balai polis Makilala.

Balai polis tersebut mempunyai generator sendiri, manakala petugas kesihatan itu menyangka semuanya baik-baik sahaja. 

Begitu pun, mereka kemudian mendapat tahu wayar peti ais tersebut tidak disambungkan kepada soket. 

Kesemua dos vaksin yang sepatutnya diberikan kepada warga emas di situ disahkan telah rosak. 

“Tiada sesiapa pun yang menyedari suis pada peti sejuk beku itu tidak dihidupkan.

“Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti dan perkara tersebut hanya disedari pada pagi Isnin, 10 Mei lalu,” kata seorang jurucakap kerajaan, Lito Canedo.

Filipina menyasarkan untuk memberikan suntikan vaksin kepada 70 juta orang tahun ini bagi mencapai imuniti kelompok. 

Sehingga kelmarin, negara itu telah memvaksin sepenuhnya  518,000 rakyatnya manakala angka korban Covid-19 di negara itu mencecah 18,821. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI