fbpx

Pemandu lori mabuk dipukul empat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu lori yang mabuk cedera dipukul empat lelaki menggunakan topi keledar ketika mahu memasuki sebuah kedai runcit di Batu 2 di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 8 malam, mangsa berusia 45 tahun lebam di bahagian muka kiri selain luka di dagu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa dalam keadaan mabuk selepas meminum enam tin arak telah menaiki motosikal menuju ke kedai runcit tersebut.

Katanya, mangsa yang tiba di lokasi kejadian mahu ke dalam kedai runcit kemudiannya dikepung kira-kira 20 lelaki.

“Empat individu daripada kumpulan tersebut telah bertindak memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar.

“Mangsa kemudiannya telah mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Tanjong Karang dengan lebam di bahagian kiri muka dan luka di dagu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, mangsa dikatakan tidak mengetahui punca dipukul serta tidak dapat mengingati apa yang berlaku disebabkan berada dalam keadaan mabuk.

Ramli memberitahu, mangsa turut menyatakan tidak mempunyai musuh dan berhutang dengan mana-mana pihak.

“Usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI