fbpx

MB Kedah buka bida kereta bantu umat Islam di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) itu dibuka harga rizab RM55,000 dan hasil bidaan sepenuhnya akan dimasukkan ke akaun #aid4palestin.

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor membuka bidaan kenderaan miliknya bagi misi bantuan umat Islam di Palestin.

Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya tadi berkata, bidaan kereta jenis Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) itu dibuka harga rizab RM55,000 dan hasil bidaan sepenuhnya akan dimasukkan ke akaun #aid4palestin.

“Kereta ini sahaja yang dah selesai hutang bank. Sayang sangat dekat kereta ini tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

“Saya beli kereta ini tahun 2018 dengan harga RM60,000. Nak bagi sedap dan elok macam ini pun habis sekitar RM25,000,” katanya.

Jelasnya, kenderaan itu berada dalam keadaan yang baik dan tidak perlu diperbaiki lagi sekiranya bertukar tangan.

“Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Bidaan ini dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik sahaja bidaan ditutup pada 18 Mei 2021 pukul 3 petang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI