fbpx

Maut ketika pulang dari tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux sehingga meragut nyawa Muhamad Amirul dalam kejadian di Kilometer 6, Jalan Mawai-Tanjung Sedili berhampiran Kampung Sayang, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang operator kilang maut selepas kereta Perodua Alza dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux di Kilometer 6 Jalan Mawai – Tanjung Sedili, Kampung Sayang di sini pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 11.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhamad Amirul Zakur Zulkefli, 23, maut di lokasi kemalangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator kilang komponen elektronik di Bandar Tenggara dikatakan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Tanjung Sedili di sini.

“Manakala, Toyota Hilux dipandu seorang lelaki 46 tahun bersama tiga penumpang daripada Felda Tenggaroh menghala ke bandar Kota Tinggi.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Alza melalui jalan itu telah terbabas memasuki laluan bertentangan lalu hilang kawalan dan melanggar Toyota Hilux yang berada dilaluan bertentangan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, ekoran perlanggaran itu telah menyebabkan Toyota Hilux terjatuh ke dalam longkang yang berada di bahu kiri jalan menghala ke Kota Tinggi.

Katanya, pemandu Toyota Hilux dan tiga orang lagi penumpang dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dibawa ke HKT untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI