fbpx

Lelaki dikompaun RM2,000 anjur rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (kiri) memeriksa surat kebenaran rentas negeri pengguna jalan raya di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Ipoh Utara arah selatan berhampiran Jelapang, Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang tuan rumah di Tanjung Malim dikenakan kompaun RM2,000 apabila menganjurkan rumah terbuka pada hari raya kedua, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemeriksaan dilakukan pada pukul 5.45 petang selepas polis menerima maklumat terdapat aktiviti kunjung mengunjung di rumah berkenaan.

Katanya, berdasarkan temubual dengan tuan rumah, lelaki berusia 31 tahun itu mengaku menerima kunjungan tetamu di rumahnya.

“Kita terima aduan orang awam yang mengatakan rumah tersebut ramai tetamu. Apabila kita sampai, tetamu telah tiada tetapi tuan rumah mengaku menganjurkan rumah terbuka untuk rakannya.

“Kompaun berjumlah RM2,000 dikeluarkan ke atas lelaki itu dan dia boleh membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah kompaun tersebut,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Ipoh Utara arah selatan berhampiran Jelapang di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan Rabu lalu, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan atas kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa surat kebenaran.

Katanya, dalam tempoh tersebut juga, sebanyak 185 buah kenderaan diarah berpatah balik di SJR lebuh raya dan 146 buah kenderaan di SJR jalan Persekutuan.

“Kita menerima sebanyak 8,807 permohonan rentas negeri dan daerah di mana daripada jumlah tersebut, 160 permohonan telah ditolak.

“Permohonan yang tidak diluluskan adalah disebabkan alasan sosial seperti menghadiri majlis kenduri, reunion, melawat tanah dan ziarah saudara-mara,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, pihaknya turut mengesan pasangan yang menyalahgunakan permohonan merentas negeri untuk balik kampung.

“Kita kesan terdapat permohonan rentas negeri untuk balik jumpa isteri dan kita luluskan tetapi pada pemeriksaan SJR, mereka sebenarnya berada sekali dalam kenderaan.

“Dalam kes tersebut, pasangan terbabit dikenakan kompaun dan diarahkan untuk berpatah balik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI