fbpx

Lebih 8.5 juta ujian Covid-19 dibuat sejak 1 Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 8,573,873 ujian saringan telah dijalankan sejak 1 Januari sehingga 13 Mei lalu merangkumi 4,747,837 ujian real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan 3,826,036 ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk saringan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bukan Perkeso dengan purata jumlah ujian saringan yang dijalankan secara mingguan adalah sebanyak 63,925 sampel (dari Minggu Epid (ME) ke-15 hingga ME ke-18).

“Manakala jumlah ujian dari ME ke-11 hingga ME ke-14 sebanyak 483,518 sampel. Terdapat peningkatan jumlah saringan yang telah dijalankan berbanding bulan sebelumnya iaitu sebanyak 369,456 sampel (23.6 peratus),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan suatu tempoh yang sangat genting bagi bersama-sama melandaikan keluk jangkitan di negara ini.

“Peningkatan kapasiti hospital dan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti memerlukan tindakan kesihatan awam yang efektif serta kerjasama semua lapisan masyarakat bagi memastikan usaha yang telah kita laksanakan selama ini membuahkan hasil,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI