fbpx

Hancur lima jari tangan tersangkut mesin pengisar ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tangan mangsa yang cedera akibat terkena mesin pengisar ikan di Kampung Chendor di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang pekerja kilang keropok ikan hancur lima jari selepas tangan kirinya tersangkut pada mesin pengisar ikan dalam kejadian di Kampung Chendor, dekat sini, hari ini.

Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa membawa mangsa berusia 20 tahun itu bersama mesin pengisar terbabit ke Hospital Kemaman, sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersangkut dan mengalami pendarahan teruk.

Timbalan Pengarah (Operasi) JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa dikatakan sedang melakukan tugasan rutin di kilang menghasilkan keropok menggunakan mesin pengisar sebelum tangan kiri mangsa secara tidak sengaja tersangkut pada mesin berkenaan.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Chukai segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai insiden itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Mereka kemudiannya dibantu tujuh lagi pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng mengeluarkan mesin pengisar dari tapak asal dalam kilang terbabit memandangkan operasi mengeluarkan tangan mangsa sukar dilakukan di kilang itu.

“Memandangkan mangsa mengalami pendarahan yang teruk, kita kejarkan mangsa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI