fbpx

Fiza Sabjahan kongsi tip, makan limau bakar untuk dapat deria rasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSONALITI televisyen, Fiza Sabjahan berkongsi tip mengembalikan deria rasa dengan memakan buah limau yang dibakar.

PETALING JAYA – Pengacara dan personaliti TV, Fiza Sabjahan berkongsi kaedah untuk mendapatkan semula deria rasa yang hilang selepas dijangkiti Covid-19 dengan cara memakan buah limau yang dibakar.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata, salah satu gejala Covid-19 ialah seseorang itu akan kehilangan deria rasa.

“Salah satu gejala Covid-19 ialah hilang deria rasa dan perasaan itu sangat tidak menyeronokkan. Jadi ini adalah cara untuk dapatkan deria rasa semua. Boleh cuba dan semoga bermanfaat,” tulisnya dalam Instagram.

Berdasarkan video yang memuat naik dalam Instagramnya, kelihatan seorang wanita mendakwa dia telah kehilangan deria rasa akibat Covid-19.

Untuk mendapatkan semula deria tersebut, dia telah membakar sebiji buah limau (sunkist) sehingga rentung dan memakannya bersama gula perang.

Selepas memakan buah limau bakar tersebut, wajah wanita itu masih tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana masih belum mendapat deria rasanya.

Bagaimanapun, selang beberapa ketika, wanita itu menjamah makanan lain dan menjerit kegembiraan kerana dapat merasai makanan tersebut.

Dalam perkongsian tersebut juga, Fiza turut memetik nama rakan pengacaranya, Fariha Onn kerana berkongsi tip tersebut kepadanya.

“Tidak sabar nak cuba,” kata Fiza.

Menerusi tinjauan Kosmo! Online dalam Instagramnya, Fiza kini sedang menjalani kuarantin kendiri sejak seminggu lalu selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI