fbpx

Empat kaki judi dicekup dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek termasuk seorang wanita ditahan ketika sedang berjudi di kawasan hutan di Simpang Tiga Banggol Petai, Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN IPD PASIR MAS

PASIR MAS – Empat kaki judi termasuk seorang wanita ditahan ketika sedang leka berjudi menggunakan daun terup di dalam kawasan hutan berhampiran Simpang Tiga Banggol Petai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM279; 52 keping daun terup; sehelai tikar plastik dan tiga batang lilin.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan, sepasukan anggota polis telah mendapati tiga lelaki dan seorang wanita sedang duduk di atas tikar sambil mengelilingi lilin.

“Anggota polis terus melakukan serbuan dan telah menahan semua suspek. Pemeriksaan mendapati, terdapat sejumlah wang dan daun terup di atas tikar tersebut.

“Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 40 hingga 58 tahun. Salah seorang daripada empat suspek itu merupakan warganegara Thailand,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, siasatan awal mendapat, kesemua suspek mengaku bermain judi di kawasan tersebut bermula pada pukul 9 malam.

Katanya, mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambahnya, selain itu, mereka turut disiasat mengikut Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindahan 2021) kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup hidung yang ditetapkan di bawah peraturan 16 P.U (A) 225/2021.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI