fbpx

Dua rakan cuba rentas negeri untuk beraya dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Hasrat dua rakan yang dipercayai mahu beraya di rumah kenalan mereka di sini dengan cuba merentas negeri dari Pulau Pinang ke daerah Kuala Muda tidak kesampaian apabila ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Tol Sungai Petani Selatan di sini hari ini.

Kedua-dua mereka iaitu lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dan perempuan berusia 20 tahun, pelajar sebuah kolej vokasional ditahan kira-kira pukul 11 pagi.

Ketika ditahan, mereka memberi alasan mahu mengambil barang di rumah kenalan.

Mereka masing-masing dikenakan kompaun RM5,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua individu berkenaan masing-masing tinggal di Kepala Batas dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Mereka yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil memberi alasan hendak mengambil barang dan ketika diperiksa, kedua-duanya gagal menunjukkan permit rentas negeri.

“Pihak kita kemudian mengeluarkan kompaun di bawah Perkara 4(1) Peraturan-Peraturan Dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI