fbpx

Barisan hadapan kongsi gambar wad ICU penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan wad ICU di hospital seluruh negara sudah mencapai kapasiti maksimum.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) pada malam ini berkongsi suasana sebenar dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menunjukkan semua katil di hospital sudah mencapai kapasiti maksimum.

KKM dalam satu kenyataan melalui laman Facebook berkata, bagaimanapun sistem kesihatan di negara ini belum lagi sampai ke tahap perlu memilih siapa yang seharusnya berada di atas katil ICU untuk diberi rawatan.

“Ini merupakan gambar yang dikongsi oleh barisan hadapan yang berada di perbatasan negara melawan virus maut, Covid-19.

“Hari ini merekodkan 34 kematian akibat Covid-19 dengan gambar dari Hospital Kajang menunjukkan kesemua katil di sana sudah pun penuh,” kata kenyataan tersebut sebentar tadi.

Tambahnya, situasi serupa turut berlaku di Hospital Ampang, Selayang, Sungai Buloh dan hospital-hospital Covid-19 yang lain turut berada dalam keadaan yang sesak.

Menurut KKM, barisan hadapan tidak berganjak demi merawat pesakit yang kritikal tersebut dan setia meneruskan tugas seperti biasa pada hari raya pertama dan kedua Aildilfitri ini.

Barisan hadapan berkongsi gambar suasana dalam wad yang menempatkan pesakit Covid-19.

“Cuma satu sahaja yang dipinta daripada seluruh rakyat Malaysia, patuhlah pada peraturan yang telah ditetapkan.

“Jaga diri, jaga keluarga kita. Jangan biarkan keluarga kita menjadi salah seorang yang berada di wad ICU ini. Sayangilah mereka dan putuskan rantaian Covid-19,” ujarnya.

Perkongsian itu dibanjiri komen rakyat Malaysia yang kebanyakannya memberi kata-kata penguat semangat selain bersimpati dengan situasi tersebut.

Seorang pemilik akaun bernama Lisa Shah menulis: “Siang malam panas. Semoga kalian cepat sembuh”.

Manakala seorang netizen bernama Ayie Yunus mengulas: “Kasihan barisan hadapan kita. Mereka berjuang habis-habisan jadi hargai pengorbanan mereka jangan sia-siakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI