fbpx

3 lelaki terlibat perjudian online ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis yang terletak di Taman Sri Sentora dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan dalam satu serbuan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian online di sebuah premis yang terletak di Taman Sri Sentora dekat sini semalam.

Serbuan pada pukul 9.30 malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 39 hingga 43 tahun.

“Kesemua yang ditahan mengaku terlibat dalam aktiviti perjudian secara online. Salah seorang suspek bekerja sebagai pengendali tablet judi dan baru bekerja selama sebulan dengan gaji lebih kurang RM1,500 sebulan.

“Sementara dua lagi suspek merupakan pelanggan di premis berkenaan. Kesemua mereka telah dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai untuk kegunaan perjudian secara online.

“Kita telah merampas enam buah tablet dan dua buah modem. Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM160 dipercayai hasil kegiatan perjudian mereka pada hari tersebut.

“Suspek yang ditahan akan dibawa ke Majistret Kuala Lumpur untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI