fbpx

Smith gembira aksi ampuh benteng pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ (kanan) berjaya menyelamatkan bola hasil tandukan penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin ketika Aston Villa seri menentang Everton di Villa Park awal pagi semalam. - AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Aston Villa, Dean Smith memuji kekebalan benteng pertahanan skuadnya selepas merekodkan 15 aksi tanpa bolos ketika seri 0-0 menentang Everton pada saingan Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi tadi.

Meskipun berdepan ancaman menerusi jentera serangan The Toffees yang diketuai Dominic Calvert-Lewin, namun penjaga gol, Emiliano Martinez cukup tangkas mengawal gawang Villa.

Justeru, Smith mengakui gembira dengan aksi ditampilkan Martinez serta pemain-pemain pertahanan yang lain meskipun terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

“Tahniah diucapkan kepada semua pemain kerana memastikan pintu gol tidak dibolosi. Pembelian Emi (Martinez) sangat berbaloi kerana banyak menyelamatkan kami musim ini.

“Pada masa sama, saya juga tidak lupakan peranan pemain-pemain pertahanan yang banyak membantu bagi memastikan pintu gol kami selamat,” kata Smith.

Sementara itu, kapten Villa, Jack Grealish turut melakukan penampilan pada 18 minit terakhir perlawanan selepas lama berehat akibat kecederaan betis sebelum ini.

Sebagai rekod, kali terakhir Villa mencatat 15 aksi tanpa bolos adalah pada kempen 2009/10 di mana pada ketika itu Brad Friedel merupakan penjaga gol utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI