fbpx

Saintis cadang makan ulat berengga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar percaya, masa depan manusia bergantung kepada jenis-jenis hidangan terbaharu termasuk ulat berengga dan alga. - The Sun

LONDON – Sebilangan saintis menyatakan bahawa ulat berengga boleh menggantikan daging konvensional sebagai makanan dalam usaha menyelesaikan masalah kebuluran di dunia, lapor akhbar The Sun semalam.

Para pengkaji percaya, masa depan manusia akan bergantung kepada hidangan baharu tersebut.

Meskipun kebiasaannya haiwan kecil itu membuatkan manusia berasa seperti ingin muntah, ia amat diperlukan memandangkan proses penghasilan daging dan sayur-sayuran secara besar-besaran kini terancam.

Pakar dari Pusat Pengajian Risiko Eksistensial Universiti Cambridge, Dr. Asaf Tzachor berkata, sistem pemakanan manusia pada masa ini adalah berisiko.

“Ia terdedah kepada bencana alam seperti banjir dan fros, musim kemarau di samping patogen serta parasit.

“Bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi pada masa hadapan, kita perlu menggabungkan sepenuhnya cara pertanian baharu ke dalam sistem semasa,” ujarnya.

Antara yang boleh digunakan adalah rumah hijau pembiakan serangga yang dilihat boleh mengurangkan pendedahan terhadap bahaya persekitaran semula jadi.

Ini juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan global kerana ia boleh dihasilkan secara besar-besaran di mana-mana sahaja.

Selain itu, Tzachor berkata, kulat dan rumpai laut antara lain boleh menjadi sajian makanan yang popular pada masa akan datang.

“Makanan seperti alga, lalat, cacing serta alga sel tunggal adalah berpotensi untuk menyediakan diet yang sihat dan berdaya risiko yang dapat mengatasi kekurangan zat makanan di seluruh dunia,” jelasnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN