fbpx

Raul Lemos ‘tersangkut’ di Timor Leste, Krisdayanti pertama kali sambut lebaran tanpa suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krisdayanti akur tidak dapat menyambut lebaran bersama suaminya yang masih berada di Timor Leste akibat pandemik Covid-19 yang semakin buruk di negara itu.

JAKARTA – Diva terkenal Indonesia, Krisdayanti terpaksa menahan sebak apabila pertama kali meraikan Aidilfitri tanpa ditemani suaminya, Raul Lemos.

Ujar penyanyi berusia 46 tahun itu, dia terpaksa ‘berpisah’ dengan suaminya gara-gara Raul masih berada di negara kelahirannya, Timor Leste dan tidak dapat pulang ke Jakarta disebabkan pandemik Covid-19.

“Sambutan lebaran tahun ini disambut buat kali pertama tanpa suami. Dia (Raul) masih berada di Timor Leste dan tidak dibenarkan untuk pulang kerana Covid-19 masih buruk.

“Saya ditemani anak-anak, Arianha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos,” ujar Krisdayanti sewaktu ditemui media di kawasan rumahnya di Jeruk Purut, Jakarta Selatan, Indonesia.

Biarpun tidak ditemani suami tercinta, Krisdayanti tetap melahirkan kesyukuran kerana anak-anaknya memahami situasi yang sedang dialami bapa mereka.

“Anak-anak faham. Paling penting mereka tetap bersyukur kerana masih boleh menyambut Aidilfitri bersama keluarga lain di rumah,” ujarnya.

Mengakui keadaannya baik-baik sahaja menyambut lebaran tanpa suami, Krisdayanti bagaimanapun tetap merindui nikmat berhari raya, terutama semasa makan bersama-sama dengan lelaki itu di pagi raya.

“Tahun ini merupakan lebaran pertama saya tanpa suami. Setiap tahun selepas makan bersama-sama di pagi hari raya, saya akan terus meminta maaf kepada suami.

“Tapi saya tetap akan melakukan rutin sama menerusi panggilan video. Anak-anak juga berasa gembira,” katanya.

Kerana semua akses pengangkutan yang masih ditutup, Krisdayanti tidak tahun bila suaminya akan pulang ke Jakarta sejak dia balik ke negara asalnya atas urusan kerja beberapa bulan lalu. – K ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI