fbpx

Pulanglah Sajat – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF (kanan) memohan agar Sajat tidak lagi menyembunyikan diri dan menyelesaikan masalahnya dengan segera.

PETALING JAYA – Selepas beberapa bulan menghilangkan diri, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memohon rakan baiknya, Nur Sajat agar pulang ke tanah air untuk menyelesaikan semua kontroversi selama ini.

Tutur pemilik nama penuh Aliff Syukri Kamarzaman, 34, itu, Sajat tidak seharusnya melarikan diri dan menyorok kerana kesalahan yang dilakukannya boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

“Kepada sahabat saya Sajat, pulanglah ke Malaysia. Ibu bapa dan anak-anak pasti merindui awak pada hari raya ini.

“Saya juga pohon kepada rakyat Malaysia dapat mendoakan perkara yang baik-baik kepadanya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, sejak semalam, Sajat juga kerap memuat naik beberapa hantaran Instagram serta menyatakan kerinduan untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga.

Untuk rekod, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman didakwa telah melarikan diri ke sebuah lokasi yang dipercayai di luar negara.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.

Sejak waran berkenaan dikeluarkan, Nur Sajat terus menghilangkan diri dan dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan dirinya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebelum ini Nur Sajat hanya mengemukakan surat MC (sijil cuti sakit) selama dua hari yang diperoleh daripada hospital kerajaan kepada Peguam Syarienya, Zuri Zabuddin Budiman menerusi aplikasi WhatApps.

Kosmo! sebelum ini melaporkan JAIS sedang memburu Nur Sajat selepas waran tangkap dkeluarkan ke atasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI