fbpx

Lukisan Picasso dijual RM426 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan Pablo Picasso dijual pada harga RM426 juta. -AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Sekeping lukisan  Pablo Picasso  bertajuk Woman sitting by a window (Marie-Therese) dijual pada  harga $103.4 juta (RM426 juta) dalam satu lelongan oleh firma  Christie’s di New York  semalam.

Lukisan yang disiapkan pada 1932 itu mendapat pemilik baharu   19 minit selepas bidaan dibuka, demikian menurut kenyataan daripada Christie’s.

Penjualan itu membuktikan daya tahan industri seni lukis walaupun dunia berdepan  penularan wabak Covid-19.

Jualan itu kali pertamamenyaksikan karya lukisan berjaya memecahkan paras  AS$100 juta (RM412 juta) sejak salinan siri “Meules” oleh Claude Monet mencatat harga $110.7 juta (RM456 juta) dalam lelongan Sotheby’s di New York dua tahun lalu.

Setakat ini, sudah lima karya pelukis Sepanyol itu  melepasi nharga simbolik $100 juta (RM412 juta). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI