fbpx

Lelaki bergusti dengan aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aligator sepanjang hampir 3 meter itu tiba-tiba keluar dari kolam dan menyerang anjing milik McCoy. - Shutterstock

TAMPA, FLORIDA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat nekad bertarung dengan seekor aligator yang menyerang anjing peliharaannya berusia 8 bulan, lapor akhbar New York Daily News.

Mike McCoy sedang berjalan bersama anjingnya, Jake dekat sebuah kolam di pinggir Tampa apabila seekor aligator tiba-tiba muncul dari kolam dan menyerang Jake.

McCoy tanpa berfikir panjang terus bergusti dengan haiwan mirip buaya itu sehingga ia melepaskan Jake.

“Saya merenung mata aligator tersebut dan menariknya keluar dari kolam. Saya bergelut dengannya  sehingga ia melepaskan Jake,” kata McCoy.

McCoy dan anjingnya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Pegawai hidupan liar Florida menganggarkan aligator tersebut memiliki panjang antara 2.1 meter hingga 2.7 meter dan sedang berusaha mengeluarkan haiwan tersebut dari kolam itu.

Aligator sering menyerang di Florida dan warganya pula terkenal atas usaha mereka melawan serangan haiwan itu.

Pada November tahun lalu, Richard Wllbanks, 74, berjaya menyelamatkan anjing peliharaannya, Gunner daripada menjadi korban aligator. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI