fbpx

Israel terus bunuh rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - AFP

BAITULMUQADDIS- Dua penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan Israel di Tebing Barat hari ini termasuk seorang yang didakwa cuba menikam askar Rejim Zionis.

Lebih 100 orang cedera dalam pertempuran di wilayah yang diduduki Israel itu setakat ini.

Rusuhan terbaru itu berlaku ketika Israel bertempur dengan pejuang Palestin di Gaza.

Tentera Israel berkata, pihaknya ‘meneutralkan’ penyerang yang cuba menikam seorang askar di sebuah pos tentera di Ofra, utara bandar Ramallah.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian lelaki tersebut dan kematian lelaki kedua yang ditembak mati askar Israel dekat Jenin, Tebing Barat.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah  berkata, pertempuran di berbilang lokasi di  Tebing Barat Hari ini menyebabkan lebih 100 orang cedera termasuk akibat terkena peluru getah dan gas pemedih mata.

Ketika pertempuran di Tebing Barat meningkat, konflik di Gaza berterusan sengit hari ini dengan tentera Rejim Zionis meneruskan kempen pengeboman sebagai membalas bedilan roket Palestin.

Sejak Isnin lalu, lebih 1,800 roket ditembak ke arah Israel oleh pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan bersenjata Islam lain.

Israel bertindak balas dengan serangan udara dan bedilan artileri yang mengenai lebih 600 sasaran di Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI