fbpx

Tentera Zionis itu bukan saya – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan seorang lelaki mirip wajah Naim (kiri).

PETALING JAYA – Ketika umat Islam hangat membicarakan tentang isu umat Islam di Palestin yang diserang tentera Israel, tular pula sekeping foto penyanyi Naim Daniel dalam laman sosial mengenakan pakaian seragam milik tentera Zionis itu.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, menerusi Instagramnya tampil memberikan penjelasan tentang kekeliruan tersebut sekali gus menafikan dirinya merupakan individu dalam gambar berkenaan.

Menerusi foto berkenaan, kelihatan seorang lelaki mirip wajah Naim sedang memegang senapang dalam keadaan bahagian bawah badan yang tidak berpakaian dan mengaibkan.

“Selamat Hari Raya, bagi yang ada kemusykilan dalam Twitter semalam, INI BUKAN SAYA. Saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti ekstremis Rejim Zionis.

“Stay safe everyone (kekal selamat semuanya),” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti berkongsi pelbagai reaksi terhadap foto tersebut.

““Astaghfirullah. Ingatkan betul-betul Naim Daniel tadi.

“Nampak sama tapi bukan dia,” tulis netizen.

Paling menarik perhatian netizen, ibu kandungnya yang menggunakan akaun Instagram bernama Nora Taherah turut meninggalkan komen lucu pada gambar berkenaan

“Ya Rabbi. Saya tak pernah melahirkan dia ni,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, pelantun lagu Purnama itu menerusi hantaran berbeza beberapa hari lalu mengutuk kekejaman zionis yang menyebabkan beberapa rakyat Palestin menjadi mangsa korban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza Isnin lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI