fbpx

Hael Husaini tambah anak angkat, kembar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hael bersama anak-anak angkatnya.

PETALING JAYA – Seiring kemuliaan Syawal, penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini memperkenalkan sepasang bayi lelaki kembar yang kini diambil sebagai anak angkat terbaharunya.

Menerusi hantaran beberapa keping foto dalam Instagramnya, pelantun lagu Jampi itu memuat naik gambar sambutan hari raya berpakaian sedondon berona ungu dengan anak angkat sulungnya, Nur Helena bersama bayi kembar tersebut.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin daripada kami Hael, Helena dan kenalkan bayi kembar saya, Healmy dan Healman,” tulisnya dalam Instagram.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuk dalam kalangan selebriti turut melahirkan rasa gembira dengan meninggalkan komen-komen positif antaranya Nabil Mahir, Sherry Alhadad, Wany Hasrita, Abby Abadi dan Indah Ruhaila.

“Alhamdulillah syukur dan pakai baju Melayu,” komen pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

“Dah besar dah Helena. Dulu bayi kecil. Selamat hari raya adik kacak Heal Husaini,” kata pelakon Zarina Zainuddin.

Dalam pada itu, ada juga komen ‘nakal’ yang ditinggalkan pengikutnya sekadar untuk mengusik penyanyi berusia 34 tahun itu.

“Haelmummy tak ada lagi,” tulis salah seorang pengikutnya merujuk kepada bakal isteri penyanyi itu.

Terdahulu, Hael atau nama sebenarnyan Hael Husaini Razmi mempuyai seorang anak angkat perempuan iaitu Helena yang kini berusia empat tahun pada 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI