fbpx

Beli KFC RM90,000 guna baucar palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menggunakan baucar KFC palsu untuk memesan makanan secara online bernilai RM90,000. - WeChat

BEIJING – Seorang pelajar di China  dijatuhi hukuman penjara  dua tahun setengah dan denda £700 (RM4,054) atas kesalahan memesan makanan percuma dari restoran makanan  segera KFC bernilai £6,500 (RM37,654) selepas menemui kesilapan dalam sistem pesanan online, lapor akhbar Metro News UK, semalam.

Xu, 23 memesan sekotak ayam KFC percuma selama enam bulan tanpa bayaran dengan memanipulasi sistem baucar di laman web restoran berkenaan.

Dia turut berkongsi rahsia itu dengan empat rakan yang secara berkumpulan memesan makanan bernilai keseluruhan £15,500 (RM89,788) sebelum kegiatan mereka terbongkar. 

Xu memesan makanan tersebut melalui aplikasi telefon KFC yang menggunakan baucar pada bulan April 2018 ketika dia menemui kesilapan teknikal itu.

Antara April dan Oktober tahun itu, dia berjaya menghasilkan baucar makanan percuma tanpa henti dengan menukar aplikasi KFC kepada sebuah syarikat di WeChat iaitu perkhidmatan mesej setara WhatsApp dari China.

Dengan menggunakan kaedah ini, Xu mendapati dia boleh membuat pesanan menggunakan baucar malah ia kekal boleh digunakan tanpa batasan dalam akaunnya.

Xu kemudian menjual sebilangan makanan yang dipesannya dengan harga yang murah kepada rakan sekelasnya.

Rakan-rakannya turut menggunakan kaedah sama bagi mendapatkan makanan percuma berharga antara £1,000 (RM5,791) dan £ 5,200 (RM30,115) setiap satu.

Sebuah mahkamah di Shanghai menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Xu atas kesalahannya manakala penjara 13 hingga 24 bulan dikenakan kepada rakan-rakannya yang turut terlibat dalam skim penipuan ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI